Remaja Alami Buta Warna Kerana Kerap Guna Handphone Lebih 10 Jam Sehari

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Taiwan disahkan buta warna kerana banyak menghabiskan masa menggunakan telefon bimbitnya lebih dari 10 jam setiap hari. 

Menurut Dr. Hung Chi-ting, pesakit secara berterusan terdedah kepada cahaya telefon bimbit menyebabkan sel matanya terjejas yang membawa kepada punca buta warna. 

Tambahnya, kes itu merupakan kes pertama di dunia di mana punca kejadian disebabkan penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap. 

Mujur remaja berkenaan yang dikenali sebagai Liu mengambil langkah awal untuk merawat matanya dan kini matanya telah pulih seperti normal.

Liu berkata, dia kerap menggunakan telefonnya dalam keadaan gelap ketika musim cuti panas yang lalu.

Dia hanya mula mendapatkan rawatan pada September apabila dia nyaris terbabit dalam kemalangan ketika melintas jalan kerana tidak dapat melihat warna lampu isyarat. 

“Saya tak tahu lampu isyarat menyalakan warna merah pada waktu itu.

Mujur saya ditarik oleh ahli keluarga ketika cuba melintas jalan itu dan bertanya kenapa saya cuba melintas jalan sedangkan lampu isyarat ketika itu berwarna merah,” katanya. 

Bukan itu sahaja, Liu juga tidak dapat melihat dalam keadaan gelap. 
Selepas dirawat, Dr Hung memberi peringatan kepada Liu dan yang lain agar tidak terlalu kerap menggunakan telefon bimbit lebih dari lima jam sehari. 

“Ambil masa untuk berehat 10 minit setiap 30 minit semasa anda menggunakan telefon bimbit.

Jangan risikokan diri anda sehingga terjejas daya penglihatan,” katanya. 

Sumber: Asia OneWorld of Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *