Shafie Apdal Ketua Menteri Pertama Berkunjung Ke Pulau Balambangan

KUDAT: Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal ke Pulau Balambangan, Banggi buat julung-julung kalinya pada esok (Sabtu) disifatkan satu sejarah buat penduduk di pulau berkenaan.

Mohd Shafie akan melawat Pulau Balambangan buat pertama kali sejak memegang tampuk pemerintahan Negeri Sabah lebih setahun lalu bagi merasmikan Asrama Harian Luar Bandar (AHLB) Sekolah Kebangsaan (SK) Balambangan, Kudat yang ditaja sepenuhnya oleh Petronas.

AZMI KABA

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Selamat Azmi Kaba berkata, kedatangan Ketua Menteri itu merupakan sejarah buat Kampung (Kg) Selamat kerana selama ini belum pernah Ketua Menteri datang ke kampung berkenaan.

SALMAT ABI

“Kami merasa gembira dimana selama berpuluh tahun atau beratus tahun sudah, tidak pernah Ketua Menteri turun ke Pulau Balambangan ini, saya tidak tahu kalau pulau-pulau lain (di Kudat) tapi kalau di sini beliau memang belum pernah datang.

“Lawatan esok memang satu sejarah untuk kampung kami,” kata Azmi, yang juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Balambangan, Banggi.

Sementara itu, Guru Besar SK Balambangan, Banggi Salmat Abi berharap lawatan berkenaan akan memberi kesan sangat besar kepada SK Balambangan dan juga penduduk sekitar.

AKMAD NOLIJAN

Sementera itu, Ketua Kampung Kok Simpul, Akmad Nolijan berkata, beliau amat gembira dengan kunjungan itu

“Tidak dapat saya gambarkan kegembiraan seluruh warga penduduk Pulau Balambangan kerana dapat bersemuka dengan Ketua Menteri,” ujarnya.

Asrama yang dibina dengan kos sejumlah RM4 juta ini mula dibina pada April 2018 dan siap pada September lalu.

AHLB ini melibatkan pembinaan dua blok asrama bagi murid lelaki dan perempuan, dewan makan, surau dan tandas. Ia mampu menempatkan 120 orang pelajar dalam satu-satu masa.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *