Keputusan Penghakiman Tidak Menjelaskan Perlatikan Amarjit Singh Tidak Sah

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hanya memutuskan perlantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Datuk Amarjit Singh bertentangan dengan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 tetapi tidak menyatakan bahawa perlantikan itu tidak sah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, berdasarkan Enakmen itu, pengarah JANS mesti dilantik dalam kalangan kakitangan awam.

AMARJIT SINGH

“Dalam proses pelantikan itu, kita juga sudah merujuk kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

“Mereka yag dilantik boleh datang dari luar dan hanya berdasarkan kontrak sahaja. Saat dia dilantik sebagai pegawai yang berasaskan kontrak, maka dia layak menjadi seorang kakitangan awam,” ” katanya dalam sidang media selepas ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan kepada Badan-Badan Keagamaan dan Sekolah-Sekolah Bukan Islam 2019, di sini pada Jumaat.

Beliau turut menjelaskan bahawa pelbagai keputusan dan pengumuman oleh Amarjit sejak dilantik sebagai Pengarah JANS bukan keputusan dia sendiri.

Katanya, kebanyakan keputusan yang dilakukan itu adalah berdasarkan keputusan pihak Kabinet Negeri.

“Contohnya, penamatan 58 kontrak rawatan air oleh syarikat konsesi di sini, ianya adalah keputusan Kabinet Sabah,” katanya.

Katanya, Kerajaan Sabah akan mengambil tindakan untuk memperbetulkan perlantikan terbabit.

Pada 9 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini mengisytiharkan pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Datuk Amarjit Singh sebagai tidak sah.

Penghakiman itu dibuat Hakim Ravinthiran R Paramaguru, berkaitan kes difailkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee pada 19 Mac lalu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Amarjit pada Ogos tahun lalu tidak mengikut undang-undang.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *