Polis Tahan Tiga Lelaki Terlibat Kes Gaduh Di Sandakan

Gambar Hiasan

SANDAKAN: Tiga lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di luar sebuah premis hiburan di Batu 4 dekat sini awal pagi kelmarin, berjaya diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Sandakan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata ketiga-tiga suspek yang ditahan berumur 18, 28 dan 31 tahun.
 
“Siasatan awal polis mendapati pergaduhan melibatkan tiga suspek dengan seorang lelaki (mangsa) berumur 21 tahun,” katanya.

Sebelum kejadian, beliau berkata mangsa dipercayai mabuk dan membuat kekecohan dalam premis hiburan dan berlaku pertengkaran mulut.

“Akibat daripada itu, kemudiannya mangsa dan ketiga tiga suspek bergaduh di luar premis hiburan terbabit,” katanya.

Mohd Azhar berkata mangsa mengalami kecederaan di mata kiri dan muka akibat dipukul dengan objek keras.

“Mangsa kini dalam keadaan stabil dan masih menerima dirawat di Hospital Duchess Of Kent,” katanya.

Beliau berkata pihaknya masih lagi menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian pergaduhan itu.

“Semua suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya.

34