Lelaki Berusia 123 Tahun Ditemui Di Abu Dhabi

Sivananda menunjukkan dia dilahirkan pada 8 Ogos 1896. Foto Agensi

ABU DHABI: Seorang lelaki India yang dalam perjalanan ke London dengan pesawat Ethihad Airways, mengejutkan kakitangan Lapangan Terbang Abu Dhabi apabila mereka mendapati dia berusia lebih 100 tahun.

Menurut Daily Mail, catatan dalam pasport Swami Sivananda menunjukkan dia dilahirkan pada 8 Ogos 1896 di Behala, India, menjadikan umurnya kini 123 tahun.

Sivananda

Jika tarikh lahirnya pada pasport itu benar, Sivananda boleh dianggap sebagai lelaki tertua yang masih hidup namun sukar memastikan umurnya benar-benar 123 tahun kerana satu-satunya rekod kelahirannya ditemui dalam pendaftaran kuil.

Sivananda kehilangan ibu bapanya ketika kecil lalu dijaga saudaranya, seorang guru kerohanian.

Sivananda berkata, dirinya tidak kelihatan tua, masih bertenaga dan panjang umur mungkin kerana amalan yoga selain mendisiplinkan dirinya dengan memakan buah-buahan dan susu.

“Kehidupan saya sederhana dan berdisiplin, hanya makan makanan direbus tanpa minyak atau rempah, nasi dan dhal rebus bersama cili hijau,” katanya yang setinggi 157 sentimeter.-Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *