Berahi Isteri Kawan

BALANGAN (Kalimantan Selatan, Indonesia): Seorang lelaki memperdaya rakan menemaninya minum di warung sebelum memberi alasan perlu beredar kerana ada hal penting tetapi sebaliknya dia ke rumah rakannya itu di sini, untuk mencabul isteri mangsa.

Kompas melaporkan, lelaki berusia 30 tahun dikenali sebagai Maulid itu, memujuk rakannya keluar minum bersamanya jam 11 malam, agar mangsa tiada di rumah bagi membolehkannya melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.

MAULID

Selepas kejadian pada 29 April lalu, Maulid melarikan diri dari kampungnya dan dipercayai bersembunyi di sebuah kampung di Kalimantan Timur.

Kompas melaporkan, dia bagaimanapun, berjaya ditahan Khamis lalu, hasil kerjasama polis kedua-dua wilayah sejak suspek mula diburu lima bulan lalu.

Menurut polis, kira-kira jam 3 pagi, ketika berada di warung, Mualid memberitahu rakannya dia perlu beredar kerana ada hal penting dan terus ke rumah rakannya itu, lalu masuk ke dalam rumah kerana pintu tidak berkunci.

Dia masuk ke bilik tidur dan memeluk isteri mangsa. Wanita itu membiarkannya kerana dalam suasana gelap, dia menyangka Mualid adalah suaminya namun selepas beberapa lama menyedari lelaki terbabit bukan suaminya lalu menjerit meminta tolong.

Laporan media Indonesia tidak menyebut sejauh mana Mualid mencabul wanita terbabit namun dikatakan berlaku selama beberapa minit.

Mualid melarikan diri dari rumah rakannya itu sebelum melarikan diri dari kampungnya dan bersembunyi di Desa Songka, daerah Paser di Kalimantan Timur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Resor Balangan, Tukiman berkata, selepas ditahan suspek mengaku semua perbuatan kejinya itu.-Agensi