Mayat Lelaki Dengan Kesan Luka Di Kepala Ditemui Di Parit

Foto BESTAWAUfm

LAHAD DATU; 7 OKTOBER 2019 (Isnin) – Polis sedang mengesan anggota keluarga serta mereka yang mengenali seorang lelaki yang mayatnya ditemui tertiarap di dalam parit di Tepi Jalan Kampung Cocos, Lahad Datu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan medianya berkata, mayat itu dipercayai anggaran umur 30-an ditemui lengkap berbaju dan berseluar, bagaimanapun kedua-dua kasut tertanggal.

Foto BESTAWAUfm

Beliau berkata, polis turut menemui dompet yang tidak mengandungi dokumen pengenalan diri mangsa dan telefon bimbit yang telah pecah serta serpihan lampu kenderaan.

Katanya, pemeriksaan awal polis mendapati terdapat dua kesan luka di kepala mangsa dan dipercayai telah mati melebihi 12 jam.

Menurut ACP Nasri, pihaknya kini sedang giat melakukan siasatan dari semua aspek dan mereka yang mengenali mangsa diharap tampil menyalurkan maklumat ke Balai Polis Lahad Datu.

Foto BESTAWAUfm

#BESTAWAUfm