Permohonan Salleh Keruak Masuk PKR Dipertimbangkan

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengesahkan sudah menerima permohonan keanggotaan Datuk Seri Salleh Said Keruak secara dalam talian.

Fahmi dalam satu kenyataan hari ini, berkata, Biro Politik PKR akan membincang dan mempertimbangkan permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu pada mesyuarat yang akan datang.

“Mengenai permohonan keanggotaan Datuk Seri Salleh Said Keruak, saya ambil maklum laporan media yang mengatakan beliau sudah membuat permohonan keanggotaan parti.ADVERTISING

“Berdasarkan rekod, saya difahamkan parti memang ada terima permohonan keanggotaan daripada beliau secara dalam talian (online).

“Bagaimanapun, Biro Politik Keadilan (PKR) akan membincangkan dan memberi pertimbangan kepada perkara ini pada mesyuarat akan datang ” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *