(VIDEO) Pelancong ‘Disambut’ Ular Gergasi

Kejadian yang sempat dirakam itu menunjukkan ular sepanjang 5 meter terbabit dipercayai terancam dengan kehadiran sekumpulan pelancong. Foto Agensi

CAPE TOWN: Sekumpulan pelancong menempuh detik mencemaskan apabila ‘diserang’ seekor ular sawa gergasi Afrika ketika menaiki kereta melalui sebuah kawasan berhampiran bandar Durban, Afrika Selatan.

Kejadian yang sempat dirakam itu menunjukkan ular sepanjang 5 meter terbabit dipercayai terancam dengan kehadiran mereka, lapor Daily Mail.

Menerusi video itu, salah seorang jurukamera ternampak reptilia terbabit berada di bawah bot yang dibawa dan sebaik memeriksanya, ia kemudiannya merayap naik ke atas kereta Land Rover mereka.

Usaha haiwan itu yang cuba merayap naik ke atas bonet kereta menyebabkan pemandunya cemas sebelum bertindak mengundurkan kenderaan.-Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *