(VIDEO) Kejam!! Haiwan Liar Dibuang Ke Laut Elak Pemeriksaan Polis Marin

Sindiket penyeludupan haiwan eksotik dan liar sekarang ni boleh kita katakan dah jadi umpama barah yang semakin merebak ke seluruh dunia.

Kegiatan ini merupakan antara perdagangan smuggling &trafficking yang paling menguntungkan di dunia selepas dadah dan senjata api.

Kalau di Malaysia, kita sering dihebahkan dengan kejayaan pihak berkuasa menumpaskan sindiket penyeludupan haiwan seperti tenggiling, gajah dan badak tidak kurang juga harimau, haiwan yang paling sinonim sebagai simbol kehebatan negara kita.

Sebabnya berlaku jenayah ini adalah kerana wujudnya permintaan dari pasaran-pasaran gelap yang dikuasai oleh kartel-kartel tertentu, dan tidak kurang juga disebabkan oleh ketirisan penguatkuasaan undang-undang oleh negara-negara dunia.

https://www.facebook.com/ao.amami/videos/638651683326260/

Ada duit, semua jalan — hatta haiwan pun takkan terlepas dari menjadi mangsa trafficking.

Baru-baru ini di Facebook, sebuah video menunjukkan sekumpulan individu bertindak menghumban sejumlah haiwan ke dalam laut menjadi bualan netizen.

Ia kemudian dikongsikan ke beberapa laman sosial kumpulan pencinta haiwan lain.

Tidak banyak maklumat yang disertakan bersama rakaman tersebut, namun setakat apa yang dikongsi berbunyi seperti berikut:

‘On a ship bound for Jakarta from Java, these captured wild animals were thrown into the sea by people, to escape the pursuit of sea police, including the green tree pythons, some rare birds and lizards.’

Tidak dapat dipastikan juga dari mana asalnya mereka ini, tapi kalau kita cuba dengar berdasarkan suara-suara yang ada dalam rakaman tersebut — macam dari Indonesia je kan?

Ada la sikit-sikit yang kita boleh faham, misalnya ada invididu yang bertanya “belum bisa terbang?” dan suara lain pula menjawab “gak bisa” dan perkara ini turut disedari seorang pengguna lain.

Kalau korang ada maklumat lanjut mengenai video ni, sudi-sudilah share dengan kitorang okay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *