Mana Peminat Grunge? Bah.. Mari Jumpa Di Butterfingers Transcendence 20th Years!

Kalau anda peminat muzik “rock dan grunge” pada lewat 90-an dan awal 2000 dahulu, semestinya Butterfingers bukan nama yang asing.

Silap-silap anda juga pernah memainkan lagu-lagu hit mereka seperti The Chemistry (Between Us), Faculties of The Mind, Epitome, Meltdown dan pelbagai lagi dari album tersohor, Transcendence yang berjaya meletakkan Butterfingers di tempat ketiga dalam carta RIM International dengan penjualan melebihi 60,000 unit.

BUTTERFINGERS membawa peminat mengimbau nostalgia kegemilangan muzik mereka menerusi Konsert Transcendence 20 Tahun.

Buat para peminat Butterfingers, nama seperi Emmett (vokal), Kadax (bass), Loko (dram) dan LoQue (vokal/gitar/keyboard) bukanlah asing lagi.

Mereka merupakan ahli- ahli asal Butterfingers sejak ditubuhkan. Menariknya pada kali ini, mereka berempat akan kembali untuk beraksi di atas pentas bersama-sama pada 2 November 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Konsert ini juga diadakan untuk meraikan sambutan ke-20 tahun album Transcendence iaitu antara hasil karya terbaik mereka sepanjang kembara seni mereka sejak 1996.

Rugi kalau tak ambil kesempatan pergi ke konsert ini kerana Butterfingers akan beraksi selama 2 jam untuk menebus semula dengan para peminat dengan memainkan hanya lagu-lagu grunge mereka!

Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk persembahan yang bakal menukar hidup anda ini! Tiket akan dijual bermula dengan harga RM150 (tidak termasuk caj- caj lain) dan akan diumumkan secepat mungkin.

Buat masa sekarang , sila ke laman sosial Facebook Butterfingers dan juga Instagram Rasmi Butterfingers – Butterfingers.my untuk maklumat lanjut!

GEMPAK!