(VIDEO) Gelap Gelita Dan Langit Merah, Suasana ‘Ngeri’ 11 Pagi Di Jambi Macam Di Dunia ‘Lain’

Fenomena jerebu yang melanda di negara kita hari ini tidaklah seteruk yang dilalui oleh Indonesia.

Ini kerana, kebakaran hutan yang berlaku di negara itu dilaporkan sangat-sangat kritikal dan membimbangkan.

Menerusi satu rakaman yang dibuat oleh penduduk di daerah Jambi, Indonesia, langit yang sepatutnya berwarna kebiruan bertukar menjadi kemerahan.

“Baru pukul 11 pagi, dah macam malam, mengerikan,” kata-kata itu diterjemahkan oleh seorang penduduk Jambi yang merakam keadaan langit di daerah tersebut.

Dalam video tersebut, mereka terpaksa menggunakan lampu tinggi semasa menunggang motorsikal mereka kerana terlalu gelap walhal pada masa itu jauh lagi untuk masuk ke waktu malam.

Menurut seorang pengkaji remote sensing dan meteorologi Indonesia, Alpon Sepriando Manurung, kejadian itu berlaku kerana cahaya matahari tidak mencecah ke permukaan bumi kerana terlindung oleh asap yang terlalu tebal.

“Langit berwarna kemerahan ini terjadi disebabkan oleh Mie Scattering. Mie Scattering ini terjadi kerana diameter aerosol dari asap jerebu di atmosfera itu sama jaraknya dengan gelombang radiasi yang dipancarkan oleh matahari”. Lapor Alpon menerusi akaun Facebooknya.

“Panjang gelombang merah tersebut adalah setebal 0,7 mikrometer. Ianya bermaksud, pencemaran dominan yang berlaku di kawasan itu dianggarkan setebal 0,7 mikrometer atau lebih. Mengapa ukuran partikel boleh lebih dari 0.7 mikrometer? Ianya kerana, mata manusia hanya mampu melihat pada spektrum visibel sahaja (0.4-0.7 mikrometer),” tambahnya.

Gambar: FB

Menerusi seorang lelaki yang dirakam memberi penerangan dalam video tersebut, kawasan Jambi tersebut telah dilitupi dengan asap yang sangat tebal. Keadaan itu bukan sahaja boleh mengundang kemalangan kerana jarak penglihatan menjadi terhad, malahan risiko dalam menghidapi penyakit juga amat tinggi.

Gambar: FB
Gambar: FB

Kejadian yang dirakamkan pada sabtu (21 September) itu telah membuatkan ramai penduduk-penduduk Indonesia khususnya di kawasan Jambi ketakutan. Ada beberapa netizen menyatakan bahawa, langit tersebut menampakkan kawasan tersebut seolah-olah seperti neraka.

Berikutan dengan kejadian kebakaran hutan yang kerap berlaku pada hari ini, semalam telah berlangsungnya protes perubahan iklim oleh aktivis-aktivis pencinta alam sekitar di kebanyakan negara-negara eropah.

Protes tersebut bertujuan untuk menyedarkan orang ramai betapa nazaknya bumi yang kita duduki pada hari ini. Pelbagai pencemaran serta kepupusan spesis haiwan dicatatkan berlaku.

Oleh daripada itu, orang ramai digalakkan supaya turut bekerjasama dalam memelihara bumi kita ini dengan mengurangkan penggunaan barang-barang yang boleh menyebabkan pencemaran pada alam sekitar.

Sumber: Ainur Rois