
TAWAU; 22 SEPTEMBER 2019 (Ahad) – Seorang buruh maut selepas motosikal yang ditunggang bertembung dengan sebuah jip dalam kejadian di Kampung Jagung Jalan Merotai-Bombalai Tawau, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Anak Umbuas dalam kenyataan berkata, dalam kejadian pukul 10.05 malam itu, lelaki berusia 48 tahun berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu jip berumur 58 tahun tidak cedera.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu jip dalam perjalanan dari Kalabakan menghala ke Taman Ambar manakala Penunggang motorsikal dari Arah Kampung Iban.
Semasa di lokasi kejadian, pemandu jip berkenaan yang mahu memasuki semula laluannya selepas mendahului sebuah motokar tidak dapat mengelak lalu bertembung dengan sebuah motosikal yang dipercayai tiada lampu hadapan.

Kemalangan mengakibatkan motosikal terbakar dan mangsa maut di tempat kejadian.
Menurut ACP Peter, siasatan masih diteruskan dibawah Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
