(VIDEO) Ular Berkaki Korban Kebakaran Hutan Di Riau, Indonesia

Keadaan itu dijelaskan pakar yang menyatakan ‘kaki’ berkenaan sebenarnya kemaluan ular yang terkeluar ketika mati terbakar. Foto Agensi

JAKARTA: Penemuan bangkai ular dikatakan berkaki yang mati dalam kebakaran hutan di Riau heboh selepas video tersebar di Internet, baru-baru ini.

Video sepanjang 2.07 minit yang tersebar di YouTube itu menunjukkan bangkai ular ditemui di Kelurahan Sekip Hilir, Rengat, Indagiri Hulu, lapor detik.com.

Bagaimanapun, keadaan itu dijelaskan pakar yang menyatakan ‘kaki’ berkenaan sebenarnya kemaluan ular yang terkeluar ketika mati terbakar.

Pakar herpetologi Amir Hamidy memberitahu portal berita Kompas, ia keadaan biasa ular jantan dikenali sebagai hemipenis yang terletak di pangkal ekor.

“Ia bukan sesuatu yang pelik. Kemaluan ular jantan keluar ketika mengawan dan dalam keadaan mati terbakar seperti ini juga ia boleh berlaku disebabkan kontraksi otot,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak dapat mengenal pasti spesies ular berkenaan disebabkan hangus terbakar.-Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *