PPM Gagalkan Cubaan Seludup Rokok Dan Coklat Bernilai Lebih RM20 Ribu

Foto Pasukan Polis Marin

LABUAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya menggagalkan penyeludupan barangan bercukai iaitu rokok dan coklat bernilai RM20,746 yang cuba dibawa keluar dari pulau ini semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisiten Komisioner Mohammad Pajeri Ali berkata, kejadian jam 6.10 petang itu dikesan selepas Botronda PSC1 menjalankan tugas rondaan Op Gelora dan memeriksa sebuah bot penumpang dikendalikan juragan bot yang menuju ke Menumbok.

Rokok serta coklat bernilai lebih RM20 ribu yang dirampas di dalam bot penumpang menuju ke Menumbok semalam. – Foto Ihsan Pasukan Polis Marin

“Semasa diperiksa, anggota kita menemukan 75 karton rokok berjumlah 20,000 batang yang bernilai RM18,750 serta coklat pelbagai jenama bernilai RM1,847 yang belum dibayar cukai.

“Juragan dan krew bot bagaimanapun enggan mengakui barangan yang ditemukan itu adalah milik mereka dan barangan bernilai RM20,746 itu dirampas untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Rokok serta coklat bernilai lebih RM20 ribu yang dirampas di dalam bot penumpang menuju ke Menumbok semalam. – Foto Ihsan Pasukan Polis Marin

Tambahnya, rampasan barangan tertakhluk kepada Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana dibawa keluar tanpa membayar cukai.

Utusan Borneo