
KOTA KINABALU: Seorang kontraktor maut akibat terjatuh ketika membaiki bumbung bocor dibahagian atas di tingkat tiga kondominium di Jalan Signal Hill, di sini, pagi tadi.
Mangsa lelaki berusia 28 tahun yang berasal dari Batu Caves, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah dibahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Geogre Abd Rakman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengatakan seorang lelaki terjatuh dari sebuah kondominium, pada jam 9.26 pagi.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembaikan bahagian-bahagian bumbung yang bocor di tingkat atas kondominium berkenaan.
“Mangsa kemudian memanjat bumbung dan dipercayai memijak bumbung yang reput lalu terjatuh,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangaa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE I) untuk siasatan lanjut.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -SabahNewsToday