Penyokong Malaysia Disambut ‘Hujan Batu’

JAKARTA: Kehadiran ratusan penyokong Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta mendapat sambutan agak luar biasa dengan balingan batu dan teriakan penyokong Indonesia yang mula memenuhi venue terbabit.

Menerusi paparan video di media sosial beberapa peminat Malaysia yang sudah berada di stadium berkenaan mendakwa mereka dibaling dengan objek keras namun tiada kecederaan dilaporkan.

Penyokong Indonesia di luar stadium dengan menyalakan ‘flare’ merah. FOTO NSTP

Mujur kawalan keselamatan daripada pihak berkuasa yang ketat mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Kebanyakan penyokong Malaysia sudah memasuki stadium bagi menunggu sepak mula perlawanan Indonesia menentang Harimau Malaya pada jam 8.30 malam ini.

Menerusi kenyataan HermyR di Twitternya mendakwa dia bersama rakan dibaling batu sebaik tiba di perkarangan stadium keramat Sang Garuda.

“Tahukah anda penyokong Malaysia sudah sampai ke Stadium Gelora Bung Karno sebentar tadi dan mereka disambut dengan balingan batu. Aman,” katanya.

Sebahagian penyokong yang tiba ke stadium Gelora Bung Karno. FOTO Ihsan penyokong Harimau

MusyrifSyafiq pula mendakwa ada antara mereka hampir terkena balingan batu ketika masuk ke stadium berkenaan.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *