Tujuh Cedera Dua Kenderaan Bertembung Di Jalan Telupid-Ranau

Keadaan dua kenderaan yang mengalami kerosakan selepas bertembung kira-kira jam 11.55 pagi.

RANAU: Tujuh individu yang menaiki dua kenderaan mengalami kecederaan selepas kereta dinaiki bertembung di Kampung Pinorotuan Jalan Ranau-Telupid, di sini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba (PB) Farro Raison berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada jam 12.02 tengahari.

“Bertindak atas kejadian, kita menggegaskan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau ke lokasi bagi menjalankan operasi penyelamatan.

“Kejadian membabitkan sebuah kereta sedan dan kereta pelbagai guna yang bertembung, menyebabkan tujuh mangsa mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata dua mangsa berumur 10 dan 52 tahun di dalam kereta pelbagai guna manakala lima yang lain berumur 11 bulan hingga 36 termasuk dua kanak-kanak di dalam kereta sedan.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS serta ambulans sebelum dihantar ke hospital kemudiannya bagi menerima rawatan selanjutnya.

“Operasi keseluruhan ditamatkan jam 12.31 tengahari,” katanya.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *