(VIDEO) Sekumpulan Lebah Buat Sarang Pada Punggung Lelaki Ini

Kenapa lebah-lebah tu kerumun punggung lelaki ni? Peliknya!

Seorang lelaki dari Nagaland, iaitu sempadan India dan Myanmar telah dikerumuni sekumpulan lebah selepas ratu lebah terbang kearahnya.

Yang peliknya, lebah ini membuat sarang pada bahagian punggung lelaki terbabit dan ia mencuri perhatian ramai.

pelik bila sekumpulan lebah buat sarang pada punggung lelaki ini

Lelaki yang dikenali dengan nama Velelhu, 25, berada pada tangga sambil menunjukkan lebah-lebah terbabit yang berkerumun disitu.

pelik bila sekumpulan lebah buat sarang pada punggung lelaki ini

Velelhu kemudiannya berjaya menangkap ratu lebah sebelum mengoyakkan sayap dan meletakkan kedalam sebuah balang, menyebabkan lebah-lebah lain tidak lagi mengerumuni beliau.

Kejadian yang jarang berlaku ini nyata menarik minat orang ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa ‘geli’ apabila melihat lebah-lebah itu mengerumuni punggung lelaki tersebut.

Sumber: Newsflare

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *