Polis Lahad Datu Tembak Perompak Dikehendaki

Gambar BESTAWAUfm

LAHAD DATU; 31 OGOS 2019 (Sabtu) – Polis percaya dapat menyelesaikan 13 kes pecah rumah di daerah ini selepas menembak mati seorang penjenayah dikehendaki dipercayai Warga Indonesia dalam Operasi Rantau di Kawasan ladang kelapa Sawit berhampiran Taman Perumahan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, suspek lelaki berumur 28 tahun itu ditembak mati selepas cuba menyerang pasukan polis dalam serbuan kira-kira pukul 3.20 pagi.

Gambar BESTAWAUfm

Beliau berkata, suspek mempunyai satu rekod lampau dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan pernah dipenjarakan selama enam bulan pada 2017.

Beliau barkata demikian pada sidang medianya di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Gambar BESTAWAUfm

Mengulas lanjut, ACP Nasri berkata, suspek dikesan di Kawasan ladang kelapa Sawit berkenaan selepas dipercayai cuba melakukan aktiviti curi disebuah rumah di Palm Height.

Sebaik tiba, suspek yang memakai topeng muka berwarna hitam memegang sebilah samurai tanpa Sarung sebelum melibas senjata tajam berkenaan ke arah Pasukan polis.

Dalam keadaan mengancam nyawa dalam jarak yang dekat kira-kira Tiga kaki, anggota polis kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek menyebabkan suspek rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati Dua das tembakan mengenai dada suspek.

Jelas ACP Nasri, dengan tumpasnya penjenayah terbabit, pihaknya dapat menyelesaikan sebanyak 13 kes pecah rumah yang dilakukan secara berseorangan di daerah ini termasuk kes samun dalam rumah.

Polis turut merampas sebilah pedang samurai berukuran 29 inci dan kes Alan disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan (Cuba Bunuh).

#BESTAWAUfm