Polis Buru Lelaki Tempatan Terlibat Kes Curi Pecah Rumah Dan Gudang

LAHAD DATU; 31 OGOS 2019 (Sabtu) – Polis memburu seorang lelaki Warga tempatan berumur 30 tahun terlibat dalam kes pecah rumah dan curi di sekitar Lahad Datu.

Ketua Polis Daerahnya, ACP Nasri Mansor berkata, suspek dikenali sebagai Mohd Fadzly Bakrie dipercayai menetap di Kampung Paris 1 Kinabatangan itu juga terlibat dalam kes pecah Gudang atau Kilang dan bengkel di Jalan Dam.

Beliau berkata, khamis lepas kira-kira pukul 9.30 malam, suspek cuba ditangkap anggota polis selepas melanggar tiga buah kenderaan di Bandar Lahad Datu.

Bagaimanapun, suspek meloloskan diri di ladang Sawit berhampiran Sungai Koyah Kinabatangan selepas kereta dipandu suspek terbabas semasa aksi kejar-mengejar berlaku.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan suspek boleh menyalurkan maklumat terbabit ke Balai Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang medianya di IPD Lahad Datu.

Dalam hal berasingan, menurut ACP Nasri, pihaknya berjaya menangkap 18 penjenayah iaitu 13 lelaki dan 5 wanita sepanjang awal bulan Ogos hingga semalam.

Katanya, hasil kejayaan tangkapan keatas semua suspek berumur 20 hingga 40 tahun itu, pihaknya berjaya menyelesaikan 15 kes Jenayah sekitar daerah ini.

Daripada jumlah itu antara yang berjaya diselesaikan adalah 8 kes dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, 3 kes Seksyen 380, 2 kes Seksyen 457 dan satu kes masing-masing 381 dan 379A Kanun yang sama.

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *