Warisan Dan Bersatu Terus Bekerjasama – Shafie

Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal meyakinkan Warisan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Sabah terus bekerjasama.

Beliau menjelaskan, video yang ditularkan mengenai permuafakatan Warisan agar Bersatu tidak masuk ke Sabah adalah video lama.

“Itu cerita lama… video lama. Dahulu kita sudah muafakat supaya Bersatu tidak masuk ke Sabah.

“Pada waktu itu, ada antara ahli parti (Warisan) yang ragu dan bimbang. Mereka mahu keluar parti kerana tidak ada jawatan,” katanya bagi mengulas berhubung video lama tetapi tular baru-baru ini.

Beliau ditemui media selepas majlis pelancaran ‘KK Moving Forward’ anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di sini semalam.

Shafie berkata, apabila Bersatu masuk ke Sabah, kerjasama di antara Warisan dan parti berkenaan perlu dijalinkan sebaiknya.

Dalam pada itu, beliau tidak mahu kisah lama di sebalik video tular berkenaan merenggangkan hubungan di antara kedua-dua parti.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *