(VIDEO) Polis Buru Dua Wanita Mencuri Di Premis Kecantikan Dan Kesihatan

Sedutan daripada CCTV

LAHAD DATU; 23 OGOS 2019 (Jumaat) – Polis memburu dua wanita dipercayai terlibat dalam kes curi di premis kecantikan dan kesihatan di Fajar Lahad Datu, semalam.

Ketua Polis Daerahnya, ACP Nasri Mansor yang dihubungi pemberita RTM berkata, kedua-dua wanita anggaran umur 20 hingga 30an itu dikesan susulan penelitian menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di premis tersebut pada pukul 8.30 malam.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat suspek boleh melaporkan terus ke IPD Lahad Datu atau menghubungi Pegawai Penyiasat SJN Azmer menerusi talian 089 881255.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *