Pelajar Dan Guru SK Jambatan Putih Kreatif Siapkan Jalur Gemilang Guna Botol Plastik Terbuang

Foto Ihsan SK Jambatan Putih Tawau

TAWAU; 23 OGOS 2019 (Jumaat) – Sentuhan kreatif Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Jambatan Putih Tawau berjaya menghasilkan jalur gemilang yang diperbuat daripada 1,400 botol plastik terbuang sempena Hari Kebangsaan ke-62.

Guru Besar sekolah itu, Surtinah Amran yang dihubungi pemberita RTM berkata, bendera berukuran 9 meter panjang dan lebar 5 meter itu diperbuat menggunakan botol plastik bersaiz 1.5 liter.

Foto Ihsan SK Jambatan Putih

Beliau berkata, bendera itu berjaya disiapkan sepenuhnya hasil kerjasama dan komitmen berterusan kira-kira 500 guru, guru praktikum Institut Pendidikan Guru (IPG) Tawau, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dan murid yang diselaraskan Pengarah Projek Jalur Gemilang, Azlin Unding dalam tempoh sebulan sejak 21 Julai lepas.

Foto Ihsan SK Jambatan Putih Tawau

Justeru, beliau berharap usaha itu turut mengukuhkan kerjasama Warga Sekolah selain meningkatkan semangat cintakan negara serta mendidik murid menghargai jasa dan Pengorbanan pejuang tanah air.

Foto Ihsan SK Jambatan Putih Tawau

Katanya, Satu majlis perasmian Jalur Gemilang dan Sambutan Hari Kebangsaan peringkat SK Jambatan Putih akan di anjurkan Jumaat depan.

Sementara itu, Azlin berkata, kesepaduan dan kerjasama hebat daripada Warga Sekolah yang diketengahkan sepanjang menyiapkan projek Jalur Gemilang itu selaras dengan Moto sekolah, “Together we can make A difference”.

Foto Ihsan SK Jambatan Putih Tawau

Katanya, murid-murid sekolah menimbulkan minat dan semangat yang tinggi apabila dimaklumkan untuk membawa botol bagi projek jalur Gemilang terbabit.

Sehubungan itu Katanya, pihak sekolah juga merancang untuk menghasilkan bendera Sabah menggunakan botol pada tahun depan berikutan kekangan masa untuk menyiapkan bendera berkenaan pada tahun ini.

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *