
TAWAU, 20 Ogos: Sebuah rumah dihanyutkan kira-kira 10 meter selepas dilanda arus deras manakalah dua Sekolah Kebangsaan (SK) Serudong Baru dan SK Kuala Apas, di sini ditutup hari ini akibat banjir kilat berikutan hujan sejak malam tadi.
Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin berkata jambatan ke SK Serudong Baru tidak dapat dilalui ekoran 90 peratus dinaiki air manakala 90 peratus bangunan SK Kuala Apas ditenggelami air sehingga mencecah paras 1 hingga 1.5 meter.

“Sekolah berkenaan tidak beroperasi hari ini disebabkan kawasan sekolah berkenaan dinaiki air dan ditutup atas faktor keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mistirine berkata seramai 55 guru serta 549 pelajar kedua-dua sekolah itu terjejas akibat banjir kilat itu.





— BERNAMA