Anak Alami Ulser Di Perut Selepas Ibunya Pindahkan Bakteria Berbahaya Ketika Meniup Makanan Anaknya

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun bernama Xiao Mei mengalami sakit perut hampir setahun dan apabila dia berasa lapar, sakit perutnya menjadi semakin teruk. 

Menurut laporan China Press, Xiao Mei mengalami sakit perut akibat jangkitan bakteria selepas ibunya meniup makanan yang mahu diberikan kepadanya. 

Xiao Mei yang baru saja memasuki sekolah rendah tetapi mempunyai ketinggian 155 sentimeter dan berat 65 kilogram.

Dia gemar makan makanan yang banyak terutamanya daging. 

Oleh kerana Xiao Mei masih dalam proses membesar, ibu bapanya tidak mengawal tahap pemakanannya. 

Namun selepas setahun, Xiao Mei mula mengalami sakit perut luar biasa sehingga menyebabkan dia sukar tidur malam.

Ibu bapanya menyangka Xiao Mei lapar atau sedih dan tidak begitu mengendahkan rengekkan anak mereka. 

Baru-baru ini, Xiao Mei dan keluarganya pergi bercuti di Rusia dan ketika itu Xiao Mei masih lagi mengalami masalah sakit perut dan keadaannya menjadi semakin teruk. 

Ibu bapanya bimbang dan segera pulang ke China lalu terus membawa anak mereka pergi ke hospital.

Selepas diperiksa, doktor bertanya kepada pasangan itu sama ada keluarga mereka mempunyai sejarah sakit perut terutamanya jangkitan Helicobacter Pylori, sejenis penyakit di mana bakteria memasuki badan dan tinggal di saluran pencernaan dan menyebabkan ulser di lapisan perut atau bahagian usus kecil. 

Ibunya terkejut dengan soalan itu dan teringat yang dia sebelum ini disahkan dijangkiti Helicobacter Pylor, tetapi takut membuat pemeriksaan susulan dan menangguhkan rawatannya. 

Disebabkan tindakan si ibu itu, dia telah memindahkan bakteria itu kepada Xiao Mei apabila dia meniup makanan dan menggunakan chop sticknya menyuap Xiao Mei. 

Pemeriksaan lanjut mengesahkan Xiao Mei terkena jangkitan Helicobacter Pylori dan menemui kesan ulser kecil di perutnya. 

Mendengar penjelasan doktor itu, si ibu menyesal kerana tidak meneruskan rawatannya sehingga menyebabkan anaknya menjadi mangsa. 

Apabila seseorang itu telah dijangkiti Helicobacter Pylori, penyakit itu jarang sekali dapat dibasmi secara semula jadi dan ia menyebabkan si pesakit selalu mengalami ketidakselesaan perut, mual, muntah dan beberapa gejala yang lain. 

Penyakit itu juga dikatakan mudah berjangkit melalui air liur, selain disebarkan melalui pencemaran air atau najis. 

Sumber: China PressWorld of Buzz