Dua Lelaki Tempatan Ditahan Guna Bom Ikan

Suspek dibawa ke Pangkalan Polis Marin untuk siasatan lanjut – Foto Ihsan PPM

SEMPORNA; 10 OGOS 2019 (Sabtu) – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan Dua lelaki tempatan dipercayai menangkap ikan menggunakan bom ikan di Kawasan Laut Tobo-tobo Semporna, kelmarin.

Bot yang digunakan – Foto Ihsan PPM

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali dalam kenyataan medianya berkata, juragan dan anak kapal berumur 22 dan 28 tahun itu ditahan susulan maklumat Unit Risikan Marin (URM) mengenai aktiviti bom ikan kira-kira pukul 1.30 petang.

Pemeriksaan lanjut keatas perahu yang digunakan menemui 5 kilogram ikan pelbagai jenis disyaki di bom.

Katanya, anggaran keseluruhan rampasan termasuk perahu bernilai lebih 9-ribu ringgit.

Menurut ACP Mohamad Pajeri, Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk siastan dan tindakan dibawah Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan1985.

Dua lelaki warga tempatan yang ditahan – Foto Ihsan PPM

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *