Ditegur Tidak Cuci Piring, Lelaki Tetak Rakan Dipenjara 10 Tahun

Bendi (tengah) diiringi anggota polis selepas perbicaraan kes.


LAHAD DATU: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang buruh yang menetak rakannya menggunakan parang kerana berang ditegur tidak mencuci piring selepas makan.

Hakim Zaini [email protected] menjatuhkan hukuman itu ke atas Bendi Oinmatan, 25, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di rumah pekerja Ladang FGV Agri Services pada 30 Julai lalu.

Tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa menggunakan parang yang boleh menyebabkan kematian.

Daripada fakta kes, tertuduh bertindak memasuki bilik rakan serumahnya setelah menegurnya tidak mencuci piring dan mengemasnya selepas makan malam.

Berlaku pergelutan hingga menyebabkan mangsa cedera di bahagian kepala, bahu kiri dan pipi kanan menggunakan parang.

Mangsa yang dibawa penyelia ke klinik di Cenderawasih mendapat rawatan 17 jahitan di kepala, enam di bahu kiri dan satu pipi kanan.

Hakim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman mulai tarikh tangkap iaitu tarikh kejadian.