7 Maut, 13 Hilang, Dua Bot Terbalik Di Filipina

MANILA: Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 13 dilaporkan masih hilang selepas dua bot terbalik semasa angin kencang dan laut bergelora di Filipina, hari ini.

Jurucakap pengawal pantai, Armand Balilo memberitahu wartawan bahawa seramai 31 penumpang dan kru kapal berjaya diselamatkan.

Balilo berkata, kedua-dua bot itu berlepas dari bandar pelabuhan IIoilo dan pulau Guimaras dan insiden berlaku hampir masa yang sama.

“Angin dan ombak tiba-tiba menjadi kuat,” tambahnya.

Musim monsun di barat daya menyebabkan laut bergelora di bahagian barat Filipina sepanjang minggu lalu.

Balilo berkata, mangsa yang mati termasuk enam wanita dan identiti mereka tidak diketahui.

Sementara itu, Palang Merah Filipina menyiarkan gambar dua kapal malang itu dalam media sosial yang menunjukkan sebuah daripadanya kapal terbalik ke bawah dan satu lagi hampir tenggelam.-AFP

13