Ops Bersepadu Serbu Tujuh Lokasi PTI Di Sekitar Kota Kinabalu

Antara yang ditahan dalam operasi tersebut – Foto Ihsan Polis

KOTA KINABALU: Tujuh lokasi sekitar daerah ini diserbu membabitkan seramai 14 tangkapan dalam Operasi Pendatang Tanpa Izin (PTI) Bersepadu pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dua daripada jumlah tangkapan didapati positif  dadah semasa menjalani ujian air kencing.

Anggota polis menjalankan pemeriksaan dokumen semasa operasi itu.- Foto Ihsan Polis

Menurutnya, operasi berkenaan dijalankan selama tujuh jam bermula jam 9 malam Selasa dengan menumpukan lokasi yang mempunyai kadar pertumbuhan PTI dan kerap berlaku kegiatan jenayah.

“Kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan 14 hingga 54 tahun melibatkan 10 warga Filipina dan dua lagi warga Indonesia.

Anggota polis menjalankan pemeriksaan dokumen semasa operasi itu.- Foto Ihsan Polis

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan bagi tangkapan kesalahan dadah disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata, sepanjang operasi itu dijalankan, seramai 59 individu menjalani pemeriksaan.

Anggota polis menjalankan pemeriksaan dokumen semasa operasi itu.- Foto Ihsan Polis

Pihaknya turut mendapat kerjasama dari agensi lain termasuklah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Pasukan Gerakan Am (PGA), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Antara yang ditahan dalam operasi tersebut- Foto Ihsan Polis