Lelaki Tempatan Ditahan Cuba Edar Rokok Tidak Bercukai Di Kudat

Seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Polis Marin dalam Ops Landai Khas, di Kampung Tanjung Kapor, Kudat, semalam. – Ihsan PPM

KUDAT: Tindakan seorang lelaki tempatan cuba mengedar rokok tidak bercukai membawa padah apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Ops Landai Khas di Kampung Tanjung Kapor, semalam.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, suspek berusia 34 tahun yang memandu kereta jenis Saga FLX, ditahan selepas didapati membawa 990 bungkus rokok tidak bercukai.

Seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Polis Marin dalam Ops Landai Khas, di Kampung Tanjung Kapor, Kudat, semalam. – Ihsan PPM

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali, berkata pemeriksaan dalam kenderaan itu menemukan 198,000 batang rokok jenama Premier Special Blend dan Era Black berjumlah RM39,600.

“Jumlah keseluruhan nilai termasuk rokok dan kenderaan dirampas dianggarkan bernilai RM71,700.

Seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Polis Marin dalam Ops Landai Khas, di Kampung Tanjung Kapor, Kudat, semalam. – Ihsan PPM

“Tangkapan dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 ganda nilai atau RM100,000 sehingga tidak lebih daripada 20 ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berita Harian