JAKARTA: Destinasi pelancongan popular Pulau Komodo akan ditutup mulai awal tahun 2020, lapor agensi berita Anadolu, memetik agensi pelancongan Nusa Tenggara Timur pada Khamis.
Mengikut perancangan ia akan ditutup selama setahun untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih bagi memastikan keindahan semula jadi pulau itu terus terpelihara.
Perkara itu mendapat persetujuan Presiden Indonesia Joko Widodo selepas beliau melawat pulau berkenaan.
Anggaran kos baik pulih sebanyak 100 bilion rupiah (AS$7 juta).
Bagaimanapun, cadangan itu menerima bantahan penduduk setempat. Pulau Komodo merupakan antara 12 pusat pelancongan marin terbesar di Indonesia.