Shafie Apdal Menghadap Sultan Brunei

Senyuman kemesraan terukir diwajah Ketua Menteri dan Sultan Brunei ketika Shafie menghadap baginda di Bandar Seri Begawan sempena sambutan hari keputeraan tuanku.

BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menerima menghadap Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal di Istana Nurul Iman pagi Isnin.

Shafie bertukar-tukar pandangan dengan Heng Swee Keat ketika kedua-dua pemimpin berjumpa di Bandar Seri Begawan.

Shafie bersama isteri, Datin Seri Shuryani Shuaib berada di negara itu dalam lawatan kerja sehari bersempena hari keputeraan baginda yang ke-73 tahun.

Ketua Menteri ditemani isteri turut menghadiri bankuet diraja yang dianjurkan malam tadi dan dihadiri kerabat diraja serta pembesar-pembesar asing.

Terdahulu dalam majlis berkenaan, Shafie turut berkesempatan berjumpa Timbalan Perdana Menteri Singapura yang baru dilantik, Heng Swee Keat bersama isterinya.

BorneoToday