Siasatan Video Seks Gay, 6 Termasuk Haziq Direman

Bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz ditahan reman 6 hari. (Gambar Facebook)

Polis hari ini menerima arahan reman 6 individu termasuk bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz, selepas mereka ditahan malam tadi berhubung siasatan video seks gay yang disasarkan kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

FMT difahamkan mereka disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia kerana mengedar dan memiliki bahan pornografi.

Semua mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di Jalan Duta dan akan menghabiskan 6 enam hari berikutnya dalam tahanan polis.

Difahamkan salah seorang daripada mereka adalah pemimpin bahagian PKR di Selangor.

Ketika dihubungi, seorang pegawai Bukit Aman yang rapat dengan siasatan itu enggan mengulas lanjut.

FMT