Kereta Ada, Pemandu Hilang Dipercayai Dihanyutkan Arus Deras Sungai

Kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa ditemui 100 meter dari jambatan low level di Kampung Mendulung kelmarin.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki hilang dipercayai dihanyutkan arus sungai ketika cuba melintasi jambatan yg ditenggelami banjir di Sungai Muaya Kampung Mendulung , Sipitang, kira-kira 140km dari sini pada hari Ahad (14 Julai).

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khatizah Rahaban berkata mangsa dikenali sebagai Marthtn Padan, 64, kali terakhir dilihat di dalam kenderaan pikapnya kira-kira jam 9.40 malam.

Beliau berkata menurut saksi, lelaki tua itu telah cuba memandu ke seberang jambatan yg ditenggalami air dan arus kuat di Kg Mendulung.

Usaha mencari mangsa sedang giat dijalankan.