Tauke Tayar Sadong Jaya Disamun Selepas Leher Dan Dada Kanan Ditikam

Gambar Hiasan

TAUKE TAYAR SADONG JAYA DITIKAM, DISAMUN

KOTA KINABALU: Seorang peniaga parah ditikam di bahagian leher dan dada kanan dalam kejadian samun di Sadong Jaya, Jalan Karamunsing, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa lelaki berusia 72 tahun sedang membaca surat khabar seorang diri di dalam kereta di hadapan premisnya yang menjual tayar kenderaan.

Mangsa didatangi seorang lelaki dengan mengeluarkan sebilah pisau lalu menyamun mangsa melalui tingkap kenderaan yang terbuka.

Lalu berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek sehingga menyebabkan mangsa cedera di rahang kiri, leher dan dada kanan akibat ditikam dengan pisau.

Suspek kemudian melarikan diri dengan merampas jam berjenama berharga puluhan ribu milik mangsa.

Mangsa yang cedera parah kemudian menghubungi keluarganya sebelum memandu kenderaanya seorang diri ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengesahkan suspek terbabit.

“Polis sedang giat mengesan suspek terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecederaan,” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *