(VIDEO) Kalau Belum Ajal… Bahu Pemandu Ditembusi Besi

Bahu pemandu yang ditembusi batang besi diselamatkan bomba.

Seorang pemandu sangat bernasib baik kerana masih hidup selepas bahunya ditembusi batang besi selepas terbabit dalam satu kemalangan di tengah China.

Mail Online melaporkan, dalam kejadian di Xiaogan di wilayah Hubei, trak pikap yang dipandu lelaki itu hilang kawalan selepas tayarnya pecah menyebabkan kenderaan itu merempuh batang besi pembahagi jalan.

Kemalangan itu menyebabkan sebatang besi pembahagi jalan sepanjang satu meter menembusi cermin kenderaan itu dan terus menusuk bahu lelaki berkenaan menyebabkan dia tidak boleh bergerak.

Walaupun keadaannya mengerikan, lelaki itu tetap tenang dan menunggu untuk diselamatkan oleh anggota bomba.

Mangsa berjaya dibawa keluar 15 minit kemudiannya selepas anggota bomba memotong besi berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu kini berada dalam keadaan stabil di hospital selepas doktor mengeluarkan batang besi berkenaan menerusi pembedahan selama dua jam. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *