
LAHAD DATU; 13 JULAI 2019 (Sabtu) – Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) menahan 12 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam Operasi Gasak Laut selepas menggempur pondohan haram di Kepulauan Nusa 3, pagi tadi.
Operasi bermula 5.30 pagi hingga 8 pagi itu dilaksanakan di kawasan
pondohan-pondohan selepas disyaki menjadi tempat persembunyian dan staging point penjenayah rentas sempadan untuk melakukan penculikan atau penyeludupan barang-barang kawalan dan bersubsidi di sekitar daerah itu.

Komander ESScom, DCP Datuk Hazani Ghazali dalam kenyataan berkata, sebanyak 25 PATI telah diperiksa bagaimanapun, 12 lelaki ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Beliau berkata, Kesemua PATI berumur antara 11 tahun hingga 70 tahun itu kini
dihantar ke pusat tahanan sementara (PTS) Tawau untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal masing-masing.

Katanya, Kes akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Operasi itu disertai 104 pegawai dan anggota keselamatan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen Malaysia.
Sumber : BESTAWAUfm