Hati-Hati Pulang Kerja, Amaran Ribut Petir Di Enam Daerah Di Sabah

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa daerah di negeri ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan daerah yang terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Sabah).

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya bagi yang pulang daripada kerja pada petang ini.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia