Baru Berusia 12 Tahun, Sudah Tulis 135 Buku

Mrigendra Raj mula menulis buku sejak berusia enam tahun. Foto Agensi

INDIA: Usianya baru 12 tahun namun seorang budak lelaki di Uttar Pradesh di India menjadi terkenal selepas mendakwa sudah menulis lebih 100 buah buku.

Gulf News melaporkan, Mrigendra Raj sudah menulis buku berkaitan agama dan biografi sebanyak 135 judul. Antara penulisannya membabitkan beberapa tokoh politik seperti Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath.

Mrigendra berkata, dia mula menulis buku sejak berusia enam tahun dan buku pertamanya adalah kumpulan puisi, lapor NDTV.

Menggunakan nama pena “Aaaj Ka Abhimanyu”, kanak-kanak itu mendakwa diiktiraf dunia dengan mendapat empat rekod di atas pencapaiannya selain tawaran gelaran doktor dari sebuah universiti.

“Saya semakin aktif menulis selepas menganalisis 51 karakter Ramayana dengan setiap buku mempunyai 25 hingga 100 halaman,” katanya.

Ibunya yang juga guru di sekolah swasta di Sultanpur berkata, anak lelakinya itu mempunyai minat mendalam dalam penulisan. Bapanya pula adalah pegawai perusahaan dalam industri gula dan tebu.

Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *