Polis Sandakan Berkas Tiga Individu Atas Kesalahan Jenayah

Antara Suspek Yang Ditahan – Gambar Ihsan Polis Sandakan

SANDAKAN: Operasi Cantas, Pintu dan Dadu yang dijalankan tidak sampai 24 jam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Sandakan, pada hari ini, berjaya menahan 3 lelaki dalam lingkungan umur 19 hingga 24 tahun atas tiga kesalahan jenayah berlainan.

Tangkapan pertama Op Cantas, jam 2 pagi di batu 7, terhadap seorang lelaki berumur 22 tahun yang disyaki terlibat dengan pertubuhan haram Double Seven. Sewaktu ditahan lelaki ini memakai baju t shirt dengan tertera lambang Double 7, iaitu pertubuhan haram selain memiliki kad keahlian pertubuhan itu. Kes disiasat di bawah Sek 43 Akta Pertubuhan 1966.

Antara Suspek Yang Ditahan – Gambar Ihsan Polis Sandakan

Dalam Operasi Dadu, jam 2.45 pagi pula berjaya menahan seorang lelaki berumur 24 tahun di Lot Kedai Bandar Tyang kerana disyaki telibat menjalankan kegiatan penjualan tambah nilai judi online. Siasatan kes di bawah sek 4(1)(c) ARJT 1953.

Manakala dalam Op Pintu, bersabit satu kes pecah rumah yang berlaku di Kg. Tinusa 2, awal pagi tadi. Suspek berkaitan kemudiannya berjaya ditahan jam 2.45 petang, bersama barang barang yang disyaki dicuri 
disembunyikan di sebuah rumah juga di kampung yang sama. Suspek berumur 19 tahun ini juga didapati positif dadah jenis Methaphetamine. Kes disiasat di bawah Sek 457 KK dan 15(1)(a)ADB 1952.

Antara Suspek Yang Ditahan – Gambar Ihsan Polis Sandakan
Antara Suspek Yang Ditahan – Gambar Ihsan Polis Sandakan

Berkaitan Akta Pertubuhan, Mana-mana individu yang mempunyai tatu atau lambang kumpulan kongsi gelap yang diwartakan haram adalah salah dan boleh ditahan.

Sebanyak 72 kumpulan kongsi gelap sudah diwartakan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 2013 di bawah Akta Pertubuhan 1966 kerana menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini.

Antara kumpulan kongsi gelap yang dikesan masih cergas adalah Sio Sam Ong, Ngo Sek Kee, Geng 360, Geng Double 7, Geng 3 Line dan Geng 36.

Sepanjang Januari hingga Julai tahun ini sahaja, 20 orang dalam lingkungan umur 21 hingga 50 tahun turut diberkas di daerah ini, kerana pembabitan mereka dalam pertubuhan haram.

Sesiapa yang memiliki lambang atau tatu kumpulan kongsi gelap akan didakwa mengikut Akta Pertubuhan 1966, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.

Ipd Sandakan