Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Dalam Kemalangan Empat Kenderaan Di Tebobon

Mangsa yang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan tersebut. – Foto Ihsan Pembaca

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal terbunuh dalam satu kemalangan yang melibatkan empat kenderaan di Jalan Dato Tebobon di sini, kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

Mangsa yang dikenali sebagai Basri Saml, 48, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan tersebut. – Foto Ihsan Pembaca

Bagaimanapun, tiga pemandu kenderaan yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa dilaporkan dirempuh kereta dari arah belakang sebelum melanggar sebuah kereta di hadapannya.

Akibatnya, kereta terbabit tersorong ke hadapan dan merempuh sebuah lagi kereta yang berhenti untuk keluar simpang di jalan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu di sini pada Isnin.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu kereta yang gagal mengawal kenderaannya hingga melanggar mangsa.

Pihaknya meneruskan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.