Mayat Lelaki Bersama Motosikal Ditemui Dalam Parit

Kawasan parit yang menjadi lokasi mayat mangsa ditemukan.

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki bersama sebuah motosikal ditemui di dalam parit di Jalan Mangga di Kolombong, kelmarin.

Lelaki itu, dikenal pasti sebagai Salman Junnes 20, beralamat di Kudat, ditemui seorang lelaki dikenali sebagai Edwin dan anaknya, yang menangkap ikan di kawasan berkenaan.

Menurut Edwin, dia menyedari ada sesuatu yang berat ketika dia menarik rambatnya.“Saya terkejut apabila nampak jari manusia di dalam rambat saya dan segera menghubungi polis.” 

Anggota bomba tiba di lokasi pada jam 2.50 petang disusuli pegawai trafik sebelum mengeluarkan mayat yang tenggelam sepenuhnya di dalam parit itu. Motosikal itu turut dikeluarkan. 

Sarjan Rosli dan Insp Farhana yang berada di tempat kejadian berkata insiden itu disyaki berlaku pada awal pagi dan bahawa motosikal itu datang dari arah bulatan sebelum penunggangnya dan motosikal itu terjatuh ke dalam parit berkenaan dan tenggelam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan brek dan geseran di atas jalan raya dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *