Dirogol Oleh 4 Sepupu Dan Gurunya Hanya Kerana Jadi Pelajar Cemerlang

Gambar Hiasan

Hanya kerana cemerlang dalam pelajaran, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun menjadi mangsa rogol oleh empat orang sepupunya termasuk seorang gurunya sendiri di India.

Empat lelaki terbabit menjemput mangsa untuk makan tengah hari bersama ketika waktu rehat di Sitapur, Uttar Pradesh.

Mereka kemudiannya mencampurkan dadah ke dalam makanan remaja itu sebelum merogol mangsa bergilir-gilir.

Seorang guru turut terbabit dalam jenayah keji itu yang dilakukan dalam bilik kakitangan sekolah.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut merakam dan menyebar video kejadian itu di aplikasi WhatsApp di mana mereka berasa bangga dapat memperlakukan mangsa seperti itu pada Jumaat lalu.

Ibu bapa mangsa melaporkan jenayah itu yang membawa kepada penangkapan seorang daripada sepupu remaja berkenaan.

Jurucakap polis, Madhuvan Kumar Singh, berkata, sebaik gadis itu diberi dadah, sepupunya dan seorang guru merogolnya bergilir-gilir manakala seorang daripada mereka merakamkan perbuatan itu di telefon bimbit.

Siasatan awal menunjukkan sepupu mangsa cemburu dengan kecemerlangannya dan berasa dihina keluarga masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *