SYDNEY: Letupan gunung berapi di Papua New Guinea (PNG) memaksa 15,000 penduduk kampung di timur laut negara itu berpindah, menurut beberapa agensi bantuan, hari ini.
Gunung Ulawun di pulau New Britain, timur laut PNG meletus tiba-tiba, Rabu lalu, sehingga memuntahkan debu setinggi 18 kilometer ke udara.
Sementara itu, gunung berhampiran Manam turut meletus, Jumaat lalu, dengan memuntahkan aliran piroklas (serpihan batuan dan gas gunung berapi).
Tiada laporan kecederaan, namun letusan itu memusnahkan banyak rumah, ladang dan telaga yang menyebabkan penduduk putus bekalan makanan dan air, sementara kepulan asap menjejaskan penerbangan domestik.
Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Antarabangsa (IFRC) memaklumkan 3,775 penduduk dari gunung Manam dan 11,047 dari letusan gunung Ulawun dipindahkan ke beberapa pusat pelarian, hari ini.
Difahamkan, debu gunung berapi dengan banyak partikel halus seperti kaca boleh menyebabkan kerosakan kekal pada paru-paru sehingga membawa kepada penyakit atau kematian. – Reuters