Ular Sawa Makan Tuan

Jana sudah membela ular sebagai hobi dan dia turut membela beberapa ekor ular tedung selar. Gambar Agensi

BANDUNG: Lelaki temui maut selepas dipercayai dibelit hingga mati oleh ular sawa peliharaannya sendiri ketika dia sedang memandikan reptilia itu di rumahnya di sini pada Jumaat lalu.

Tribunnews melaporkan, Jana, 42, dipercayai memandikan ular sawa peliharaannya sepanjang tiga meter di belakang rumahnya di kampung Citiru sebelum dia diserang dan dibelit haiwan berkenaan.

Isteri mangsa, Elah, 38, memberitahu, mayat suaminya ditemui anaknya dalam keadaan tertiarap sebelum ular seberat 17 kilogram itu masuk ke dalam saluran air di belakang rumah.

Elah berkata, suaminya sudah membela ular sebagai hobi dan dia turut membela beberapa ekor ular tedung selar.

“Suami saya juga menjual ular tedung kepada penduduk yang memakan haiwan itu.

“Saya pasrah suami saya meninggal dunia kerana ular, sudah takdir,” katanya kepada Tribunnews. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *