Remaja Rentung Dalam Kebakaran Rumah Sewa Di Putatan

PASUKAN bomba berusaha memadam kebakaran dalam kejadian itu.
Pasukan bomba berusaha memadam kebakaran dalam kejadian itu.

PUTATAN: Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran membabitkan satu blok rumah sewa lima pintu di sini awal pagi tadi.

Mayat mangsa seorang warga asing yang berumur 19 tahun ditemukan pasukan forensik bomba kira-kira jam 9.30 pagi.

Sebuah blok rumah sewa musnah dalam kejadian kebakaran berhampiran Balai Polis Putatan, di sini. -Gambar Ihsan BOMBA.

Kejadian kebakaran yang memusnahkan keseluruhan blok rumah berkenaan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan Kota Kinabalu berjaya mengawal kebakaran pada jam 2.10 pagi dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 3.30 pagi.

Selain itu, turut dilaporkan musnah terbakar dua buah kenderaan di kawasan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *