ADUN Apas Bantu Waris Mangsa Bunuh Bina Sepenuhnya Rumah Kediaman

Rumah yang menjadi hasrat mangsa bunuh, Jaafar Jalman berjaya disiapkan sepenuhnya hasil bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan. Gambar Nizam Abu Bakar Titingan

TAWAU; 24 JUN 2019 (Isnin) – Selepas di dedahkan hasrat mangsa bunuh Jaafar Jalman, 49 Tahun membina sebuah rumah untuk isteri dan 7 anak-anaknya, akhirnya impian itu tercapai apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan membantu menyiapkan sepenuhnya Rumah terbabit.

Mereka akan mula berpindah ke rumah itu yang terletak di Kampung Titingan, sebaik menerima kunci rumah yang disampaikan Datuk Nizam, pagi tadi.

Rumah yang menjadi hasrat mangsa bunuh, Jaafar Jalman berjaya disiapkan sepenuhnya hasil bantuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan. Gambar Nizam Abu Bakar Titingan

Bercakap kepada pemberita, Isteri mangsa bunuh, Sunarti Ismail, 39 tahun yang menzahirkan kesyukuran menyifatkan bantuan menyiapkan rumah baharu itu merupakan satu sinar baru buat keluarga dan diyakini memberi keselesaan kepada beliau dan anak-anaknya yang berusi 7 bulan hingga 13 tahun.

Jelasnya, hasrat dan pembinaan awal rumah itu telah bermula sejak 9 bulan yang lalu, bagaimanapun ia masih belum disiapkan sepenuhnya berikutan kekangan masa dan kewangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (berdiri, kiri) menyerahkan replika kunci rumah kepada balu Allahyarham Jaafar Jalman, di kediaman baharu mereka, di Kampung Titingan Tawau. Gambar Nizam Abu Bakar Titingan

Sunarti mengakui keluarganya tinggal bersama ibunya, Salla Asmad, 65 tahun dan hanya berniaga warung makanan secara kecil-kecilan serta menperoleh pendapatan bersih sekitar 650-ringgit sebulan selepas mengambilkira perbelanjaan persekolahan lima anaknya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Titingan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tititngan.

Beliau yang tidak lekang menzahirkan kesyukuran itu turut mengucapkan terima kasih atas bantuan-bantuan yang disalurkan daripada pelbagai serta orang ramai.

Sementara itu, Datuk Nizam berharap agar bantuan rumah berkenaan dapat meringankan beban serta memberi keselesaan kepada isteri dan anak-anak mangsa dalam mendepani cabaran kehidupan pada masa ini dan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, beliau berharap agar isteri mangsa sentiasa kuat dan menjalani kehidupan dengan baik disamping mendidik anak-anak kecilnya sehingga berjaya suatu hari nanti.

Dalam kejadian 10 Jun lepas, mayat Jaafar ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam longkang di Bandar Bantu Fajar dipercayai dibunuh berdasarkan terdapat dua kesan tikaman pada dada dan tengkuk.

Susulan penemuan mayat berkenaan, RTM difahamkan 5 lelaki Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia ditahan pihak Polis bagi membantu siasatan.

Sumber : #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *