“Ia Protein Dan Baik Untuk Kamu.” – Hakim Dibaling Najis Di Dalam Mahkamah

MIAMI: Satu perbicaraan jenayah di sebuah mahkamah di sini terpaksa ditangguhkan selepas seorang tertuduh membuang air besar dan membaling najisnya ke arah hakim.

Mail Online melaporkan, Dorleans Philidor, 33, membuang air besar di tangannya sebelum membalingnya ke arah hakim dan orang ramai di mahkamah sambil menjerit, “Ia protein dan baik untuk kamu.”

Najis itu hampir mengenai hakim tetapi ia menyebabkan peguam dan orang ramai di dalam mahkamah segera keluar dari bilik itu.

Seorang saksi berkata, beberapa anggota polis berusaha menangkap lelaki itu yang kelihatan seperti memakan najisnya sendiri.

Selepas satu jam ditangguhkan, juri membacakan keputusan yang mendapati Philidor tidak bersalah atas tuduhan merompak.

Menurut laporan, juri tidak berada di dalam mahkamah ketika Philidor membaling najisnya.

Walaupun didapati tidak bersalah, Philidor tetap ditahan kerana dia berdepan satu lagi perbicaraan berasingan membabitkan kes mencuri kenderaan.

Philidor juga dijangka dikenakan tuduhan baru kerana tindakannya di dalam mahkamah itu. – Agensi

361