Tiga Rumah Dan Satu Kenderaan Pacuan 4 Roda Musnah Dalam Kebakaran Di Kampung Kauran

Tiga buah rumah dan satu kenderaan pacuan 4 roda musnah akibat kebakaran di Kampung Kauran.

KENINGAU: Tiga buah rumah dan sebuah kenderaan pacuan 4 roda musnah dijilat api dalam kebakaran di Jalan Kampung Kauran, Kauran, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu turut memusnahkan sebuah kereta jenis pacuan empat roda milik mangsa kebakaran.

Tiga buah rumah dan satu kenderaan pacuan 4 roda musnah akibat kebakaran di Kampung Kauran.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit.

Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Mudi Pangiran berkata pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran terbabit pada jam 6.59 pagi menerusi panggilan kecemasan 999 sebelum diarahkan ke lokasi dimaklumkan.

Mudi berkata pihaknya dapat mengawal kebakaran daripada terus merebak sekitar jam Kebakaran dapat dikawal pada jam 8.38 pagi manakala operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.45 pagi.

Dalam pada itu, beliau berkata nilai kerugian sebenar dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tiga buah rumah dan satu kenderaan pacuan 4 roda musnah akibat kebakaran di Kampung Kauran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *